Saturday, February 9, 2013

GEMPAR!! DR HARON DIN JUMPA ANAK BULUH BETUNG WAKTU RAWAT PESAKIT!!

DAP ada kawasan fixed deposit tersendiri. Sekurang-kurangnya 45 kawasan parlimen yang majoritinya pengundi cina pasti akan ditandingi DAP.

PAS juga ada banyak kawasn fixed deposit yang boleh ditandingi dan dimenangi. PAS adalah parti paling kuat di antara gabungan pakatan samada dari segi jentera dan sokongan dari kalangan pengundi Islam.

PKR pula tertumpu di kawasan pengundi bercampur. PKR, parti paling lemah dikalangan komponen Pakatan, tapi sebaliknya, paling banyak mendapat peruntukan kerusi untuk ditandingi.

Dalam PRU12 yang lalu, DAP sebenarnya tetap mampu memenangi 28 kerusi yang dimenanginya walaupun tanpa pertolongan PAS dan PKR. 

PAS juga boleh menang di kawasan kubu kuatnya yang terdiri dari lebih 75% pengundi Islam seperti di Kelantan, sebahagian Kedah, Perak dan Terengganu, tetapi sebahagian kawasan-kawasan ini terpaksa diserah kepada calon PKR. Jika tidak diserah kepada PKR, seperti beberapa kawasan di Kelantan, sudah pasti PAS menjadi parti yang memenangi paling banyak kerusi dikalangan PR dalam PRU12 yang lalu.

PKR tiada kawasan fixed deposit sepertimana DAP dan PAS. PKR hanyalah "pokok tumpang" yang tumbuh di batang PR. Tapi "Pokok tumpang" ini hidup lebih subur dari pokok asal hingga sebahagian dari dahan dan ranting "pokok asal" reput dan mati.

Tanpa sokongan PKR, DAP dan PAS masih boleh menang kerana majoriti yang dimenangi mereka di kawasan tertentu yang ditandingi cukup besar. 

PKR hanya menyumbang untuk "membesarkan majoriti" kemenangan DAP dan PAS di kawasan yang ditandinginya dan bukan menyumbang kepada "faktor kemenangan" DAP dan PAS.

Sebaliknya, PKR tidak mungkin mampu memenangi sehingga 31 kerusi parlimen dalam PRU12 lalu, jika tidak "menumpang UNDI" dari pengundi PAS dan DAP. PKR hanya boleh menang di Permatang Pauh, jika PKR bertanding secara sendirian. 

Sebaliknya, jika PAS bertanding sendirian dan tidak melepaskan kawasan subsidi untuk ditandingi oleh PKR, sudah pasti PAS mampu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dalam PRU12.

Kesimpulannya, PKR merupakan "sole beneficiaries" kepada "kerjasama pakatan" yang diwujudkan oleh pembangkang. 

Pakatan pembangkang hanya tertubuh, semata-mata kerana mahu memberi kekuatan kepada PKR. Ia tidak memberi atau menambah kekuatan DAP mahupun PAS kerana kawasan yang ditandingi PAS dan DAP memang merupakan kubu kuat mereka. 

PAS adalah ibarat ROH kepada badan. Tanpa roh, anggota badan tidak akan berfungsi. Dengan tiupan roh PAS, barulah anggota badan PKR boleh berfungsi. 

Tetapi sayang, sebaik saja roh dipinjamkan ke anggota badan PKR,  PKR lupa asal-usul kejadiannya. PKR lupa daratan. PKR telah menjadi "anak P.Ramlee yang bernama Sazali". PAS akhirnya menjadi "pak turut yang memendam rasa" kepada PKR.

PAS tidak berdaya untuk menasihat atau menyanggah apa saja kehendak "anak buluh betung" yang dilahirkannya.

Bila PKR minta "diversify" kalimah Allah kepada nama tuhan pelbagai guna, PAS tak terkata apa. Tahaluf siyasi PAS-PKR telah melangkaui sempadan akidah antara agama.

Pertemuan antara "anak buluh betung" dengan Timbalan Mursyidul Am  mungkin akan membisukan mulut majlis syura, jika Timbalan ini "termakan" bisikan dajjal dari Anak Buluh Betung yang tidak "berbin" dan tak diketahui asal-usul.

No comments:

Post a Comment