Friday, July 18, 2008

TAKSUB : DS ANWAR VS SAIDINA ALI R.A

Muak memang dah muak tulis pasal Anwar ni, tapi bila tengok gelagat dia, tengok ketaksuban penyokong yang buat keputusan mendahului tuhan, terpanggil juga sekali lagi untuk mencatat.

Bila wujud tuduhan kepada musuh politik, mereka terus kata ‘ya’ dan percaya bulat-bulat. Desak polis melakukan siasatan segera. Bila kena batang hidung sendiri, siasatan dan prosedur siasatan polis semua dipertikai.

Kalau sesuatu prosedur siasatan memerlukan seseorang itu bertelanjang dan diukur segala anggota tubuh yang berkaitan dengan siasatan, maka polis terpaksa lakukannya untuk memperlengkapkan proses pembuktian. Kalau sudah cukup bukti barulah hasil siasatan diserah kepada pihak AG. Pihak AG pula akan memperhalusi lapuran tersebut samada wujud ‘prima facie’ atau pun tidak. Bila wujud kes barulah dibuat pendakwaan. Jika AG mendapati tiada bukti kukuh, tiadalah pendakwaan Ini bukan soal zalim atau berniat untuk mengaibkan. Di mana-mana negara pun inilah kaedah yang dilakukan.

Kita tuduh kerajaan pilih bulu tapi bila kena batang tubuh sendiri, minta keistimewaan pula. DNA pun minta dikecualikan. Mana ada dalam dunia, suspek menetapkan cara mana siasatan harus dijalankan! Mana letaknya keadilan dan kesamarataan yang dijunjung?

Sebaik-baiknya, dalam situasi fitnah yang tidak diketahui antara hak dan batil, rakyat berkewajiban untuk jangan taksub dan jangan ada benci kepada Anwar kerana ke dua-dua tindakan ini salah.

Saidina Ali r.a pernah kata, “ ada dua golongan disekelilingnya. Pertama, golongan yang terlalu taksub kepadanya dan ke dua golongan yang terlalu benci kepadanya. Ke dua-dua golongan tersebut adalah sesat.”


Kita lihat suasana yang berlaku sudah mirip kepada apa yang dinyatakan oleh Saidina Ali. Jangan salah faham sehingga menyamakan taraf Anwar dengan Saidina Ali. Ali r.a tidak bertindak mengumpul penyokong taksubnya atau mengapi-apikan penyokongnya supaya lebih taksub kepadanya. Ali r.a juga tidak bertindak memerangi musuhnya. Bahkan Ali r.a kata ke dua-duanya berada dalam kesesatan. Sikap seperti ini baru layak digelar negarawan tersohor.

Siapa yang beroleh keuntungan dari situasi fitnah ini. Kerajaan? Pemimpin kerajaan? Atau Anwar? Apa untungnya kepada kerajaan? Apa untungnya kepada pemimpin kerajaan? Apa untungnya kepada Anwar?

Siapa yang cenderung untuk menjadikan rakyat sebagai hakim? Kerajaan? Sudah pasti tidak. Pemimpin kerajaan? Tidak mungkin kerana situasi begini tidak akan menguntungkan mereka. Adakah Anwar menghendakinya? Tidak pasti…tetapi yang pasti penghakiman rakyat pasti akan menguntungkannya!

Jadi siapa yang berkonspirasi agar kes ini menjadi polimik rakyat? Siapa yang mencari helah agar institusi polis, institusi pendakwaan dan doktor perubatan dipertikaikan kredibilitinya?

Apa jadi kalau majoriti rakyat percaya kepada institusi polis, pihak pendakwaan dan doktor perubatan? Siapa pula akan rugi kalau keadaan ini berlaku? Jika rakyat rasional siapa akan tersepit? Kerajaan sudah pasti mahu rakyat rasional. Pemimpin kerajaan.pun turut menyeru rakyat agar bertindak rasional.

Adakah Anwar juga mahu rakyat rasional? Bahaya bagi Anwar kalau rakyat rasional. Kalau rakyat rasional, mereka pasti serah pada mahkamah sebagai jalan terbaik mencari kebenaran. Kalau rakyat mengiktiraf institusi polis, pihak pendakwaaan dan doktor perubatan, sudah pasti Anwar berada dalam kedudukan sangat tidak selesa.

Jadi, situasi tidak boleh dibenarkan menjadi rasional. Sentimen rakyat harus kekal berada pada tahap emosional. Rakyat perlu terus pakai logik akal, mentafsir sendiri dan memutuskan sendiri bahawa Anwar tidak bersalah.

Pihak polis mesti dipersulit dan dipersusahkan dengan pelbagai isu teknikal dan prosedur siasatan agar keadaan bertambah meleret-leret. Jadi rakyat akan nampak polis tak boleh diharap.

Untuk atasi karenah warganegara ‘above the law’ ini kerajaan perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja khusus bagi memberi keadilan seperti yang dikehendakinya. Kenapa pihak pembangkang tidak desak penubuhan suruhanjaya diraja? Sebelum ini asal timbul saja keraguan terus desak tubuh suruhanjaya. Kenapa tidak kali ini?

Tepuk dada tanya sama itu hud-hud….nak ikut iman atau nak ikut nafsu…..





2 comments:

  1. Buat DSAI bravo..bakal penerima anugerah pemutar skru atau pemutar belit..saya sudah penat baca pasal awak..dulu saya cukup sanjung awak puja awak puji DSAI..tapi semua hancur lebur pasal perkara yg penuh sangsi..saya memang tak suka kerajaan tp makin lebih tak suka dng DSAI TP bukan dng pas atau dap! saya sedih bila DSAI MULA BERDALIH..sekali dua tak pe masih blh terima tapi dah tahap mcm ni rakyat pun bosan sudah...pertama: DSAI lari p kedutaan turki? masa laporan d buat..apa sal tak p rumah mentri besar selangor je? napa tak buat laporan polis nyawa terancam..kedua: napa
    kenyataan dato murad bekas bank negara DSAI tak saman setalah tarik tali akuan bersumpah? ketiga: paling buat kecewa dan timbul kan sangsi teramat seperti komen hard-T d atas,just go lah buat sumpah laknat kat masjid negara dah ulama cadangkan mufti pun sama apa lg PAS sendiri cadangkan..napa dalih2..keempat: napa DSAI nak buaNG duit keliling negara buat ceramah..dah PAK lah bg pilihan tu ahhh buat DNA dng bersaksikan doktor sendiri pakar sendiri siap lagi dng live d tv mcm cadangan yg d nyatakan dlm agenda daily...kelima:perkataan sapa rogol sapa jadi hal seolah2 mcm hal tu wujud lah pula..napa tak terus saja nafikan..dan paling kureng senag d dengar masa wartawan agenda daily bertnya solan dng DSAI tetang rakaman cctv kat condo why DSAI terus marah dng wartawan tu? apa2 pun good luck DSAI..

    ReplyDelete
  2. Si Anwar tu dah mula-mula attack badan kehakiman, then polis, now medical komuniti. At least these jabatan have rules, ethic codes, protocols to adhere to and standards to uphold. now,what ethic code or standard does Mr Anwar follow? Is twisting around facts is all that he can do, then i shudder to think what will happen to this beloved country. He's bringing down this country by destroying all the professional bodies in the country. Isn't this an act of a traitor?

    ReplyDelete