Thursday, November 19, 2009

PETATAH-PETITIH

i. Harap kuningnya buah peria, pekasam terubuk ditinggalkan. Maksudnya ; Kerana memandang rupa, ditinggalkan nikmat yang lebih baik.

Sebagai contoh ;
1. Banyak bukti menunjukkan BN/UMNO lebih konsisten sama ada dari segi prinsip mahu pun kesesuaian idealisma perjuangannya dengan kemajmukan rakyat walaupun wajah BN/UMNO begitu terok diconteng-conteng oleh pihak lawan.
2. Walaupun susuk badan atau rupa paras BN/UMNO tidaklah sesempurna Nabi Yusuf, tapi ia tidaklah sehodoh zombie atau seperti ‘orang dek manai’. Ada juga terdapat penyakit di sana sini.
Tapi, disebabkan contengan yang dibuat lawan di samping serba sedikit penyakit BN/UMNO yang ada, maka busuklah bau BN/UMNO pada pandangan ramai.
3. Manakala disebabkan ‘make-up’ yang tebal, ramailah yang terpikat dengan Pakatan Rakyat, walhal di sebalik ‘make-up’ yang tebal sebenarnya terlalu banyak lubang dan jeragat.
4. Bila lewat petang, ‘make-up’ pun hilang. Barulah tau rupa-rupanya Pakatan Rakyat ni terlalu banyak kecacatan.
5. Bila mereka sudah menjadi kerajaan seperti mana BN, barulah tau sejauh mana kemampuan mereka.
6. Pemimpin dalam PKR sedang berantakan. Antara parti dalam komponen PR juga berlaga pandangan. Di Selangor, DAP dan PAS sudah tidak sejalan. Dalam PAS pula, kelompok Erdoganwar dan kelompok ulamak sudah hampir di ambang pertelagahan.
7. Isu kuil yang mereka mainkan untuk mendapat undi sewaktu PRU12, rupa-rupanya menjadi lebih kronik pada zaman pemerintahan mereka.
8. Akhirnya, tidak ada satu perkara pun perancangan yang sedang dibuat oleh kerajaan PR di beberapa negeri yang menunjukkan mereka lebih baik dari BN.
9. Kesimpulannya, sesuai sangatlah peribahasa ini disabitkan kepada ‘sokongan melulu’ yang diterima oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12 tempohari hanyalah kerana tertipu dengan kulit peria yang pahit.

ii. Diberi berkuku hendak mencengkam. Maksudnya, bila diberi sedikit kekuasaan mulalah sikap rakus dan tamak.
Contoh ;
1. Bila sudah dapat kuasa, rupa-rupanya merekalah yang lebih mabuk dari pemimpin BN. Kuasa diguna secara optima, hinggakan Dato Satim Diman pun cuba dikenakan tindakan hanya kerana cuba mempertikaikan kredibiliti Dato Khalid Ibrahim.
2. Walhal, apa yang tidak dicercanya pemimpin BN? Semua tuduhan dan segala label buruk diberikan kepada pemimpin BN.
3. Sehingga kini, merekalah yang lebih meroyan kuasa. Merekalah yang lebih bijak memanipulasi setiap kuasa yang ada pada mereka. Piliharaya pun mereka jadikan barang permainan dengan cara mencari jalan diadakan pilihanraya kecil di kubu-kubu yang mereka rasa boleh menang. Di Selangor mereka takut pulak memperjudikan kerusi untuk sebuah pilihan raya kecil. Elizabeth Wong nak berhenti pun mereka tak bagi.
4. Dulu sebelum dapat memerintah, kita tidak ada satu ‘benchmark’ untuk dibuat perbandingan siapa yang lebih mabuk kuasa. Tapi bila mereka sudah memerintah di beberapa negeri barulah dapat dinilai KPI ketamakan kuasa yang ada pada mereka. Tidak ada lebihnya mereka dari BN.
5. Malahan jika dinilai sepanjang tempoh 2 tahun mereka memerintah, tabiat mereka seolah-olah seperti Belanda dapat tanah. Tengoklah di Perak. Bila mereka hilang kuasa, undang-undang dan amalan yang diguna pakai puluhan tahun sudah jatuh no 3. Yang penting bagi mereka kuasa mesti dipegang walau pun terpaksa mengguna-pakai undang-undang rimba. Undang-undang sedia ada tidak akan diiktiraf jika undang-undang itu merugikan puak mereka.

iii. Seperti orang bercukur. Patuh saja menurut kemahuan atau arahan orang.

Sifat seperti ini ketara berlaku di negeri Perak dan Selangor. Kalau di Perak, Nga&Nge, di Selangor pulak, Ronie Liu & co yang akan jadi tukang cukur. Manakala YB Islam di kalangan mereka jadi orang yang kena cukur. Ikut saja apa yang tukang cukur putuskan.
iv. Mendapat pisang terkupas. Beroleh keuntungan tanpa susah payah.

1. Kategori ini jatuh pada DAP. Cukup hanya dengan berlakunya perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu. Bila undi Melayu berpecah, secara automatik DAP akan meraih keuntungan tanpa perlu bersusah payah.
2. “Trend ini sudah 2 kali berlaku. Tahun 1969 dan 2008. Bila undi Melayu pecah dua, negeri yang pasti akan terkorban adalah Selangor, Perak dan Penang.
v. Menyamaratakan saja lurah dengan bukit. Menyamaratakan saja semua orang dan keadaan.

1. Itu kerja pejuang kesamarataan. Pelopornya Anwar Ibrahim. Kononnya bila sebut kesamarataan maka semua orang akan sokong. Semua orang akan undi. Melayu akan taksub. Cina pulak tabik. Manakala India terasa dibuai-buai.
2. Itulah ‘penangan’ pejuang kesamarataan. Siapalah yang tak suka kalau semua dibahagi samarata, samarasa.
3. Kalau ikut fahaman Anwar, maka dunia ni pun akan berbentuk lain. Berbentuk seperti padang. Saujana mata memandang kerana tiada bukit dan tiada lurah. Semua samarata. Bertentangan dengan ‘sunah alam’. Memang dasar ‘luar tabie’.

v1. Sambil berdiang nasi pun masak. Orang cekap. Dapat selesaikan dua tiga kerja dalam waktu yang sama.

Anwar pun ada keupayaan macam ni. Cubalah fikirkan kes tuduhan melewati batasnya. Bukan semua orang boleh buat. Hasil dari kes ni…Isteri dapat dibendung dan sanggup sama mempertahankan dia. Ulamak-ulamak PAS termasuk Bekas Imam Besar Masjid Negara yang mana sebelumnya menjadi tempat rujukan salah seorang mangsa juga akhirnya turut mempertahankan dia. Gerakan massa rakyat dapat digerakkan di jalan-jalanraya untuk beri tekanan pada kerajaan.

vii. Biasa di tempurung di bawa ke dulang. Biasa pada kita di bawa ke orang. Kebiasaan buruk kita tapi dituduh orang lain lakukan.

1. Ayat ni pun sesuai untuk Anwar. Tuduh orang amal undang-undang rimba, tapi dia yang lebih tak bertamadun. Undang-undang dibuat macam quran buruk. Tuduh orang lain rasuah memanjang.
2. Dia yang tak berpencen, baru dapat makan gaji Ahli Parlimen dan baru-baru ini dapat tambah pendapatan RM1 sebulan, tapi hidup bukan main mewah lagi.
3. Rumah jutaan ringgit. Belanja kempen mewah macam parti pemerintah. Rakan-rakan kroni masa dalam UMNO semua jadi jutawan segera, tapi Tun Mahathir pulak yang paling terok dituduh bapa kronisma.
4. Dia yang terus terang melobi MP BN masuk PR, tapi bila YB PKR di Perak yang lompat, dia pulak yang tak boleh terima kenyataan.

Macam mana nak buat dengan Mat Tempurung ni..? Dunia macam dia yang punya…

Monday, November 16, 2009

MENGADA-NGADALAH...

Apa maksud tersirat bila gaji RM1 diumumkan sebagai ganjaran menjadi penasihat kewangan Selangor?

Tiada maksud lain, melainkan mengada-ngada, menunjuk-nunjuk. Orang Sabah kata ‘mintak puji’.

Kalau dilayan boleh jadi budaya lelong dalam filem P.Ramlee. Takkan pemimpin kerajaan BN nak bidding pulak sampai jatuh ke RM0.50.

Memang Anwar tak ada kerja lain..siang malam propaganda, propaganda dan propaganda.

Makin bankrap idea nampaknya.

Lama mana sangatlah boleh bertahan kalau siang malam pakai steroid untuk jadi sehat dan kuat.

Kalau siang malam pakai steroid propaganda lama-lama boleh jadi immune. Bila dah immune, kesan yang akan berlaku ialah apa isu pun akan dimanipulasi asal dapat mengekalkan carta di tangga teratas sebagai pemimpin paling popular.

Akhirnya isu paling bodoh pun dia akan guna. Disebabkan sudah immune, propaganda paling bodoh pun dia akan rasa paling hebat.

Itulah keburukannya bila terlalu bergantung kepada steroid propaganda untuk mengekalkan pengaruh.

Makin hari makin kesian den tengok Anwar ni. Dia rasa dia hebat. Tapi dia tak tau kita kesian tengok dia…

Wednesday, November 11, 2009

PENONTON SERAMBI MEKAH VS PENONTON NEGERI SEKULAR

Apabila bicara tentang negara Islam, maka contoh negara Islam terbaik yang terbayang di kepala kita ialah Madinah Al-Munawarah.

Segala macam macam mak nenek rupa bentuk kehidupan Islam sebenar yang paling diredhai tuhan pernah berlaku di Madinah Al Munawarah.

Di zaman itu, paling lama pun 3 hari, sesiapa saja yang memasuki Kota Madinah pasti akan tertarik dengan Islam dan lantas mereka akan memeluk agama Islam.

Di waktu juga, kehidupan mereka adalah bersaudara dalam erti kata sebenar, di mana setiap individu akan mendahului orang lain melebihi dari kehidupan mereka sendiri.

Di waktu itu juga, masyarakat Madinah hidup dengan aman damai tanpa sesiapa mengatakan diri mereka lebih baik dari orang lain.

Di waktu itu juga, didapati mereka sentiasa menyembunyikan keaiban orang lain.

Di waktu itu juga, penerima sedekah tidak mengetahui siapa yang memberi sedekah kepada mereka kerana si pemberi sedekah menyembunyikan kerja-kerja amal baik mereka dari diketahui oleh orang lain.

Di waktu itu juga, peniaga yang berjual beli melakukan akad dan urusaniaga yang tiada langsung penganiayaan dan penindasan. Mereka sangat-sangat adil tanpa ada pasukan pemantau, melainkan para malaikat.

Di waktu itu mereka bebas meninggalkan gedung tanpa ada apa-apa kecurian dan kehilangan.

Di waktu itu juga, mereka sangat mengasihani pada yang kekurangan dan yang daif hidup.

Mereka sayang menyayangi sehingga mereka lebih sayang kepada saudaranya dari dirinya sendiri.

Di waktu itu juga masjid penuh sepanjang masa khususnya di waktu sembahyang 5 waktu.

Itulah serba sedikit bayangan sebuah negara Islam Madinah Al Munawarah.

Siapa yang ingin mendabik dada untuk mengatakan mereka atau negeri yang di bawah pemerintahan mereka dinaungi Allah kerana telah mengamalkan sebuah kehidupan yang serba serbinya berasaskan Islam?

Surau dan masjid yang diperintah oleh PAS sama saja kosongnya dengan negeri-negeri yang diperintah UMNO.

Kejadian jenayah dan penipuan juga dua kali lima banyaknya.

Jumlah penagih dadah malahan lebih tinggi di negeri yang mengatakan mereka memerintah mengikut lunas Islam.

Kejadian bunuh, rogol, cerai dan buang anak tidak ada bezanya dengan negeri yang dituduh mengamalkan pemerintahan secular.

Malahan negeri di bawah UMNO lebih berdisiplin tinggi berbanding dengan negeri yang kononnya membawa obor Islam.

Penonton negeri pimpinan BN jauh lebih berakhlak dari penonton negeri yang berlandaskan hukum Islam.

Tempat duduk penonton Serambi Mekah banyak yang hangus terbakar kerana nafsu yang tidak terkawal.

Jadi di sini kita nak bertanya, sebenarnya apa dia Negara Islam tu? Siapa yang ada pertanggungjawaban di kehidupan selepas mati? Negeri Islam itukah atau umat yang berada di negeri tersebut?

Walau bagaimana hebat pun ceramah dan promosi tentang sistem dan hukum Islam tapi yang terlebih penting sejauh mana ianya diamalkan oleh individu muslim. Itu yang dituntut oleh agama terhadap umatnya.

Sekarang lihatlah…

Di atas kertas memang Serambi Mekah ‘claim’ mereka memerintah mengikut tuntutan agama. Mereka juga ‘claim’ negeri pimpinan BN pemerintah mereka tolak Islam.

Tapi tengoklah KPI kehidupan kehidupan masyarakat di kedua-dua negeri…

Dua kali lima…silap-silap lagi parah.

Tidakkah akhirnya Islam juga yang jadi mangsa cemuhan gara-gara mengguna label suci Islam untuk sebuah kuasa di dalam sistem ‘toghut’?

Monday, November 2, 2009

KERETA TUA...

Berapa ramai pemilik kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas terlibat hasil dari dasar baru automotif negara?

100,000 atau 200,000 atau lebih dari angka ini?

Jika ada 100,000 kereta berusia lebih 15 tahun di jalanraya, bermakna 100,000 kenderaan pengguna akan terlibat dengan pemereksaan Puspakom.

Siapa yang paling ramai kalangan yang memiliki kenderaan berumur melebihi 15 tahun?

Sudah barang tentu penduduk luar bandar dan generasi pertama peneroka Felda. Penduduk luar bandar tersebut mungkin terdiri di kalangan guru pencen, pengawal keselamatan, askar pencen, polis pencen dan peniaga kecil-kecilan yang kais pagi makan malam.

Jika diambil dari jumlah isi rumah, jika 100,000 kenderaan mungkin isi rumah yang terlibat secara purata 4 atau 5 orang. Jumlahnya akan menjadi 500,000.

Jika kenderaan kategori ini ada 300,000, maka jumlah isi rumah yang terlibat mungkin mencecah 1.5 juta orang yang bergantung kepada kenderaan tua ini untuk mencari rezeki atau meneruskan kegiatan harian.

Adakah keputusan ini satu keputusan yang tepat?

Dari segi keselamatan dan kepenggunaan jalanraya mungkin langkah ini baik untuk negara.

Bayaran Puspakom mungkin serendah RM30. Ia tidak membebankan. Cuma yang mungkin membebankan ialah proses pemereksaan Puspakom yang bakal dilaksanakan.

Dalam keadaan hari ini pun, jika kita membuat pemereksaan Puspakom, kita terpaksa mengahabiskan waktu sehari suntuk dan terpaksa bercuti dari berniaga atau bekerja semata-semata untuk keluar pagi-pagi dan pastikan kenderaan kita termasuk di kalangan mereka yang awal untuk dipereksa.

Masa 1 hari ini diandaikan jika kenderaan itu terus diluluskan JPJ. Bagaimana jika kenderaan ini tidak lulus pemereksaan? Sudah tentu masa akan berlarutan berhari-hari dan terpaksa mengulang-ulang pemereksaan Puspakom sehingga lulus.

Cuba kita bayangkan jika kuat kuasa pemereksaan Puspakom yang melibatkan kumpulan 100,000, 200,000 atau 300,000 kenderaan persendirian.

Apakah Puspakom mampu menguruskannya tanpa menjejaskan kehidupan pengguna. Akhirnya kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna kereta tua ini sudah pasti melebihi dari RM30.


Jika tujuannya untuk mengurangkan kereta tua, sudah tentulah pengguna kereta tua ini akan berbelanja lebih apabila terpaksa membeli kereta lain yang tidak memerlukan melalui proses pemereksaan Puspakom.

Mengikut ramai penganalisa industri permotoran, tiada tanda-tnda harga kereta akan turun hasil dari Dasar Automotif Negara yang baru diumumkan.

Jadi pengguna kenderaan kategori tua ini tidak punya pilihan.

Mahu diteruskan mengguna kereta tua, mereka akan terjebak dengan belanja penyenggaraan tambahan setiap tahun. Mahu ditukar kereta baru, mereka terpaksa membayar dengan harga yang lebih.

Persoalannya apakah tindakan ini satu tindakan yang popular?

Monday, October 26, 2009

ISLAM PAS-UMNO DUA KALI LIMA...

Apa yang berlaku dalam PAS akhirnya tidak banyak berbeza dengan lain-lain parti politik. Dua kali lima. Lima kali dua.

Penafian, persilatan ayat dan pembendungan yang cuba dilakukan akhirnya tidak dapat juga untuk disorok atau ditapok.

Perbalahan, percanggahan pendapat, tidak sehaluan dalam pemikiran, kegagalan memahami pendekatan individu pemimpin dan juga kegagalan institusi parti dari segi menterjemah maksud sebenar perjuangan parti adalah di antara factor-faktor pengiring yang menyebabkan timbulnya masalah dalaman sesebuah parti.

Segala tempelak dan tuduhan luar batasan yang dilemparkan kepada parti lawan akhirnya datang mewarnai parti sendiri.

Seronok jugak tengok orang alim-alim bergaduh…Bolehlah tengok macam mana cara bergadoh dari sudut pandangan Islam. Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari peristiwa ni.

Kalau polis yang memakai pakaian polis trafik, orang tahu tugas mereka ialah menjaga lalu-lintas dan keselamatan di jalan-jalan raya. Kalau berpakaian polis trafik tapi dalam masa yang sama perlakuan di jalan raya dan cara memandu pun dua kali lima dengan pesalah trafik yang lain, maka rosak binasalah seluruh imej dan reputasi pasukan polis.

Begitu jugalah keadaannya dengan parti yang siang malam tidak kering gusi bersyarah menyatakan mereka berjuang membawa obor agama keamanan Islam, tapi dilihat perbalahan dan politik dalaman yang berlaku dua kali lima dengan parti yang dituduh asobiah dan menolak agama.

Sudah tentulah yang bakal mendapat imej buruk bukan PAS tapi agama Islam suculah yang bakal dipandang serong oleh rakyat, terutamanya bukan Islam.

Sudahlah imej kesucian Islam tercemar gara-gara jihad ala Nordin Mat Top dan Osama Laden. Sekarang parti yang membawa obor Islam pun berlaku perkara-perkara yang sama sepertimana yang dialami oleh parti-parti yang tidak memperlembagakan Islam sebagai perlembagaan parti.

Jadi di mana lebihnya Islam berbanding dengan lain-lain kaedah perjuangan parti? Itu yang akan bermain pada pemikiran bukan Islam. Jadi, bukankah akhirnya yang terjejas adalah kesucian dan kesyumulan Islam?

Sebab tu..janganlah kerana membawa agama (tapi bukanlah tepat sangat pun) sebagaimana kehendak Allah dan rasul, akhirnya Islam yang jadi mangsa pandangan serong orang lain…!

Orang alim agama patut perhalusi perkara-perkara seperti ini. Itu sebab Sunnah itu amat penting jika mahu menjadikan agama sebagai pedoman hidup. Tafsir al quran dan sunnah nabi tapi ikut logik akal sendiri dan tingalkan sunnah yang berbentuk ‘perbuatan’, dan hanya pakai bab-bab hadis, macam ni lah jadinya….
Dapat hujung pangkal lesap….

Bila timbul masalah kepimpinan dalaman, berbalah dan tak sehaluan dalam pendekatan, akhirnya cara penyelesaian yang berlaku tidak ubah macam UMNO dan lain-lain parti yang tak berpelembagaan Islam…Tidak ada apalah lebihnya parti PAS dengan lain-lain parti..

Patutnya kalau dah pakai pendekatan Islam yang betul dan sahih, mestilah kaedahnya sama sekali berbeza dengan kaedah orang yang jahil agama.

Kalau kan samo yo…berhentilah pakai lecana agama ni. Buat malu Islam je. Manusia yang gila kuasa mana tau malu. Tapi ingatlah ‘imej Islam’ tu sikit.

Wednesday, October 21, 2009

RASUK : FILEM ATAU BETUL-BETUL...?

Ramai juga kalangan pencinta Islam melalui wahana politik yang menyanggah pandangan saya. Walau bagaimana pun saya boleh terima sebab hujahnya ada dan agak rasional.

Saya sering mengulang-ulang rangkap hujahan kerana mungkin dengan cara itu akan dapat memberi kefahaman apa sebenarnya yang saya maksudkan.

Islam ‘sabit-sabitan’ samalah seperti suatu ‘corporate exercise’ yang tidak normal sebagaimana pengambil-alihan syarikat besar oleh syarikat kecil seperti yang dilakukan oleh ECM Libra.

Kenapa syarikat kecil dibolehkan mengambil syarikat besar? Bukankah itu bererti menghina dan merendah-rendahkan martabat syarikat besar?

Mensabitkan Islam yang suci di dalam politik demokrasi yang kotor adalah suatu penghinaan terhadap agama Allah.

Ia juga samalah seperti mengambil wuduk yang suci tapi menggunakan air mustaqmal.

Kenapa kita tidak dapat mengeluarkan pemikiran agama dari kepompong politik kotor seolah-olah perkembangan Islam itu tersangat bergantung kepada sebuah medium politik untuk membolehkan ianya diamalkan?

Bukankah pemikiran dan keyakinan yang sebegini boleh membawa kepada terjejasnya akidah?

Apakah Islam melalui kaedah yang dibawa nabi saw ini begitu ketinggalan zaman dan tidak mempunyai caranya tersendiri sehingga terpaksa mengikut kaedah atau kerangka politik demokrasi kotor yang diilhamkan oleh para kapitalis dan yahudi?

Apakah layak para pengkritik yang mengaku mereka berserta dengan parti mereka mempraktikkan Islam hanya disebabkan sebahagian dari undang-undang agama dimasukkan di dalam perlembagaan parti?

Jika itu sudah cukup, maka lebih baiklah kita menggunakan keluhuran perlembagaan al quran dan hadis secara terus tanpa perlu menapisnya ke dalam sebuah perlembagaan yang dinamakan perlembagaan parti?


Selepas alquran dan hadis, ikutan umat adalah melalui mazhab yang empat. Selepas dari itu barulah wujud pelbagai aliran seprti tarikat, tasauf dll. Amalan Islam itu semakin merosot kepada tumbuhnya pelbagai gerakan dan jemaah yang sudah terikut-ikut dengan gerakan ala yahudi dan kristian melalui para mujadid-mujadid yang kita sendiri pun musyhkil kemujadidannya. Kononnya kerangka gerakan misionry dan lain gerakan kristian lebih menepati zaman dan lebih diterima.

Pemahaman yang sebegini menyebabkan kaedah yang mirip kepada cara nabi secara beransur-ansur telah ditinggalkan, walaupun mereka masih mengiktiraf nabi saw adalah ikutan mereka.

Adakah hanya disebabkan dalam syarahan para pemimpin mereka yang diselang-selikan dengan hujah-hujah berupa alquran dan hadis sudah cukup untuk menggambarkan bahawa mereka sudah beramal Islami?

Bukankah yang membezakan antara iman dan kufur itu adalah iman dan amalnya?

Apakah ajaran agama yang diselang-selikan dengan maki-hamun dan memperlekeh-lekehkan amalan orang lain tidak Islamik sepertimana mereka, adalah sebahagian dari ajaran Islam?

Apa yang menyebabkan mereka mengaku mereka lebih hebat dari orang lain dari segi amalan agama?

Selagi kepompong pemikiran yang bersalut politik kepartian masih menjadi asas kepada penilaian dalam amal islami selagi itulah kefahaman Islam sebenar seperti yang dikehendaki Allah dan rasulnya akan tersasar jauh.

Saya tidak mengatakan UMNO lebih Islamik dari PAS. Belum ada lagi tercatat dalam posting saya yang mengatakan UMNO lebih Islam dari PAS. Tapi saya juga tidak mengiktiraf PAS itu lebih Islam dari UMNO.

Islam yang dinilai dari pentas pemikiran politik adalah ciptaan pemikiran sewaktu nilai agama berada di akhir zaman yang begitu rendah tarafnya berbanding dengan pemikiran Islam di awal zaman.

Janganlah siapa-siapa di antara mereka-mereka ini mengaku mereka lebih baik dari Islam zaman awal dan Islam zaman pertengahan.

Kalau mengaku lebih baik dari orang lain yang sezaman dengannya pun sudah dikira perasan masuk syurga, apa lagilah untuk membandingkan mereka dengan Islam awal zaman dan pertengahan.

Janganlah perasan bila mengisi boring ahli sesuatu parti dan pemimpin parti itu lebih banyak mengeluarkan ayat quran dan hadis, lantas terus mengaku mereka lebih Islam. Mereka lebih diredhai tuhan. Mereka lebih terjamin masa depannya di akhirat.

Pemikiran sebegini juga adalah sebahagian dari rasukan iblis.

Friday, October 9, 2009

BALDI TERTANGKUP..

Saya masih tak boleh tahan melihat para pemimpin PAS dan penyokong mentafsir sewenang-wenangnya tentang Islam, Quran atau pun hadis suci.

Mereka mentafsir bukan dari maksud asal atau pun asbabunnuzul. Mereka mentafsir bukan dari awal tapi dari hujung.

Dari hujung bermaksud, mereka melihat tentang keperluan dan kepentingan perjuangan mereka terlebih dahulu dan kemudian baru disesuaikan kepentingan mereka ini dengan mana-mana ayat quran dan hadis yang dikira boleh menyokong apa yang mereka mahukan.

Atau, jika tidak dijumpai ayat atau hadis yang boleh disabitkan, maka mereka akan berkata tiada nas atau hadis yang melarang perbuatan mereka, maka itu dikira tidak bertentangan dengan quran dan hadis.

Asal tiada ayat atau hadis yang menegah maka itu juga tidak salah dari sudut pandangan agama.

Mereka cuba menyama tarafkan tafsiran al Quran dan hadis sebagaimana mereka mentafsir undang-undang buatan manusia.

Macam mana mereka mentafsir peraturan-peraturan tentang demokrasi, kebebasan bersuara, undang-undang SPR, SPRM, kanun jenayah atau kes berkaitan liwat, begitulah mereka mentafsir ayat-ayat tuhan dan hadis. Ikut sedap hati dan selera semasa.

Abu Jahal dan lain-lain kaum kafir Mekah dulu membaca ayat quran bukan untuk mengembangkan agama tapi untuk mempersendakan ayat-ayat tuhan.

Umat Nabi Musa yang engkar juga membaca ayat-ayat tuhan untuk mempertikaikan ayat-ayat tuhan secara logik akal dan mahu setiap ayat yang diturunkan melalui Nabi Musa itu dibuktikan kebenarannya depan mata mereka.

Jadi maksud mereka mengguna dan membaca ayat quran ketika itu bukan untuk tujuan kebaikan, sebaliknya hanyalah untuk merendah-rendah dan memperlekehkan ayat tuhan.

Nabi Muhammad mahu pun Nabi Musa tidak pernah langsung mengharap para kafirin ini menyuruh membaca ayat-ayat tuhan supaya dengan harapan mereka akan tertarik dengan agama.

Baginda berdua ini pun tidak pernah juga melarang mereka dari membaca ayat-ayat tuhan.

Pendek kata tiada suruhan mahu pun larangan khusus dalam kes membaca ayat tuhan.

Apa yang baginda fikir adalah bagaimana mereka boleh beriman dengan ayat-ayat tuhan ini. Bukan mempergunakan ayat-ayat ini untuk tujuan mendapatkan sokongan atau pengarah kekuasaan. PAHAM?

Ibarat mencurah air paip ke baldi yang tertangkup. Banyak mana pun air dicurahkan baldi takkan penuh.

Pepatah ini adalah ditujukan kepada mereka-mereka yang mempunyai pemikiran menolak terhadap apa juga kebenaran yang cuba diperjelaskan.